Senjata kimia adalah senjata yang memanfaatkan sifat racun sebatian kimia untuk membunuh, mencederakan, atau melumpuhkan musuh. Penggunaan senjata kimia berbeza dengan senjata konvensional dan senjata nuklear kerana kesannya bukan disebabkan daya ledakkan. Penggunaan organisma hidup (seperti antraks) juga bukan dianggap senjata kimia, ia dianggap sebagai senjata biologi. Menurut Konvensyen Senjata Kimia (Chemical Weapons Convention), yang dianggap sebagai senjata kimia adalah penggunaan produk toksik yang dihasilkan oleh organisma hidup (misalnya botulinum, risin, atau saksitoksin). Menurut konvensyen ini pula, segala zat kimia beracun, tanpa mempedulikan asalnya, dianggap sebagai senjata kimia, kecuali jika digunakan untuk tujuan yang betul (suatu definisi undang-undang yang penting, yang dikenali sebagai Kriteria Penggunaan Umum, General Purpose Criteron ) .
2) IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI SENJATA KIMIA SECARA BERETIKA :
- memudahkan umat islam bagi tujuan untuk berjihad menentang musuh supaya agama islam tidak dipandang rendah oleh agama lain .
- pengaturan strategi yang lebih baik untuk mempertahankan agama .
- teknologi senjata kimia dapat menyumbang kepada kepesatan ekonomi sesebuah negara .
- menyatupadukan antara orang islam dengan bukan islam dalam satu kelompok yang hidupnya harmoni .
- penggunaan yang betul dalam senjata kimia seperti mampu memberi impak yang positif kepada percambahan kemajuan negara .
- lahirlah modal insan yang mempunyai perwatakan yang baik dari segi rohani serta jasmani .
- memastikan kawalan keselamatan negara terjamin dan mengekalkan keamanan .
- dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mati syahid dalam peperangan mempertahankan islam .
3 ) IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI SENJATA KIMIA .
- Meninggalkan kesan kepada beberapa generasi.
- Sesetengah senjata kimia memberikan kesan yang besar yang tidak terhitung kepada manusia . Jika senjata kimia digunakan secara berleluasa dan tidak beretika , berkemungkinan besar seluruh dunia akan mengalami peperangan dan secara tidak langsung akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna . Ia juga melibatkan gadaian nyawa yang sangat besar .
- Kehancuran sesebuah negara
- Peperangan senjata kimia akan menyebabkan sesebuah negara hancur dan mungkin akan lupus dari peta dunia sekiranya ia tidak ditangani dengan cepat .
- Jumlah korban yang besar.
Senjata kimia seperti "Sarin" yang menyerang sistem sarat dan menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat . Sarin merebak melalui sistem pernafasan manusia atau dengan kata lain melalui udara . Negara . negara jiran akan mendapat kesan yang sama disebabkan penyebaran melalui udara .
ISU - ISU PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI SENJATA KIMIA
Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, tiada lagi istilah “keamanan” di dunia ini. Setiap hari kita difahamkan terdapat peperangan yang berlaku di pelosok dunia. Kerakusan manusia yang semakin serius menyebabkan keadaan kucar-kacir berlaku. Senjata yang digunakan dalam peperangan sangat canggih dan boleh menghapuskan bilangan musuh yang amat tinggi dalam sekelip mata. Rifle, bom tangan, kereta kebal dan jet pejuang bukan lagi senjata yang canggih dan digeruni. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki telah membuka tirai senjata moden yang sangat dahsyat kuasa pemusnahnya. Senjata nuklear, senjata biologi dan senjata kimia adalah hasil kecanggihan teknologi dalam bidang ketenteraan yang mampu memusnahkan segala-gala dalam jangka masa pendek. Senjata-senjata tersebut seolah-olah menjadi kunci bagi gerbang kiamat. Senjata biologi dan senjata kimia, selain senjata nuklear, adalah antara senjara pemusnah era moden. Penggunaan senjata biologi seperti Anthrax dan senjata kimia seperti gas saraf dalam peperangan serta pelbagai serangan keganasan semakin berkembang dan menjadi ancaman terbaharu kepada dunia sejagat. Penggunaan kedua-dua jenis senjata ini banyak membawa kesan buruk kepada masyarakat dan dunia.
ANTRAX
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan apa-apa senjata dalam sebarang bentuk keganasan dan peperangan akan meragut nyawa manusia. Namun, dalam kes senjata biologi dan senjata kimia, penggunaannya dapat menyebabkan kehilangan nyawa yang dahsyat. Kedua-dua senjata tersebut berupaya memusnahkan musuh dalam sekelip mata. Senjata biologi yang menggunakan bakteria Anthrax, misalnya, membunuh manusia tanpa disedari. Hal ini demikian kerana bakteria Antrax tidak mempunyai bau dan warna dan dapat tersebar melalui udara dan meliputi kawasan sasaran yang luas. Keadaan ini mengakibatkan pelbagai komplikasi buruk. Mangsa akan mati dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Begitu juga halnya dengan senjata kimia yang juga dapat merebak dengan pantas.
AGENT ORANGE
Penggunaan senjata-senjata berbahaya ini, khususnya senjata kimia, menyebabkan mangsa serangan mengalami kecacatan fizikal. Dalam perang Vietnam, misalnya, tentera Amerika Syarikat telah menggunakan sejenis bahan kimia bernama agent orange. Bahan kimia ini ditaburkan oleh tentera Amerika Syarikat ke dalam hutan bagi menggugurkan daun serta menggondolkan hutan supaya dapat mengesan tentera musuh. Walau bagaimanapun, penggunaan bahan toksik ini bukan sekadar menggugurkan daun tetapi telah meresap masuk ke dalam tanah, air, malah terbebas di udara. Bahan kimia ini kemudiannya meracuni ekosistem dan rantaian makanan. Mangsa yang terdedah kepada bahan ini mengalami penyakit kulit yang serius, malah ada mangsa yang buta, mengalami masalah keguguran rambut, dan sebagainya. Mangsa yang termakan ikan dan sayur-sayuran yang tercemar oleh bahan ini mengalami kerosakan organ dalam badan.
GAS SARAF
Penggunaan senjata kimia dalam peperangan, khususnya gas saraf, mampu melumpuhkan dan merosakkan sistem saraf manusia. Gas ini juga dapat menjelaskan serta menghilangkan terus daya ingatan seseorang. Kewarasan fikiran mangsa terjejas dengan teruk. Mereka tertawa atau menangis tanpa henti serta tidak dapat mengawal pancaindera mereka. Ada mangsa yang bertindak ganas dengan membunuh sesiapa sahaja. Tentera Jerman menggunakan gas ini dalam Perang Dunia Kedua dalam usaha hendak menghapuskan musuhnya. Sebagai akibatnya, banyak mangsa menjadi gila dan akhirnya mati.
MUTASI SEL
Selain itu, penggunaan senjata kimia juga dapat menyebabkan berlakunya mutasi gen. Sebagai contoh, bom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah mengeluarkan radiasi yang dahsyat dan keadaan ini mengakibatkan mangsanya mengalami mutasi. Dalam hal ini, genetik atau DNA mangsa akan berubah dan cacat lalu menyebabkan berlakunya mutasi sel dalam badan. Sebagai kesan daripada keadaan tersebut, mangsa mudah menghidapi pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Anak-anak yang dilahirkan oleh mangsa mengalami kecacatan anggota malah tidak kurang juga yang terencat akal. Daya tahan mangsa terhadap penyakit turut merosot dengan teruk dan sesetengah mangsa mengalami kemandulan. Dengan kata yang lain, senjata kimia mengakibatkan peningkatan kes kelahiran bayi cacat, kadar mortaliti, dan penyakit kanser untuk jangka masa panjang.
BOM KIMIA
Penggunaan kedua-dua jenis senjata maut itu juga mengancam keamanan dunia. Dengan adanya perkembangan teknologi, senjata sedemikian dapat dihasilkan dengan mudah dan kini semakin canggih pula. Senjata biologi yang menjadikan bakteria berbahaya sebagai bahan utama dapat dihantar atau disebarkan melalui pos. Bom-bom kimia pula dapat dihasilkan dengan mudah di tempat-tempat serangan disasarkan. Kecanggihan ini memudahkan pengganas antarabangsa menjalankan misi mereka menyerang sesuatu lokasi atau negara. Keadaan ini mewujudkan kebimbangan manusia sejagat lalu menyebabkan penderitaan berlarutan.
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Selain itu, senjata kimia turut mencemarkan dan merosakkan sistem ekologi alam sekitar. Senjata kimia “agent orange” yang digunakan tentera Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam telah menyebabkan pokok-pokok kelayuan lalu mati. Hal ini kemudiannya menyebabkan berlakunya penggondolan hutan dan pencemaran alam sekitar. Kerosakan ekologi alam sekitar ini pula menyebabkan hidupan liar pupus manakala kemusnahan hutan telah menjejaskan kawasan tadahan air.
ISI/ KANDUNGAN 7
Untuk mencegah penggunaan senjata maut sedemikian, undang-undang antarabangsa perlu dikuatkuasakan. Sehubungan dengan itu, undang-undang yang mengharamkan senjata nuclear, kimia, dan bakteria seperti yang termaktub dalam Konvokesyen Geneva perlu dipatuhi. Hal ini bermakna, semua negara perlu mengharamkan penghasilan dan penggunaannya. Semua negara besar hendaklah diwajibkan melucutkan senjata kimia dan senjata biologi yang dimiliki.
PENYELESAIAN PBB
Penubuhan badan pemantauan terhadap penguatkuasaan undang-undang juga perlu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan peranan dengan melarang mana-mana negara menghasilkan dan menggunakan senjata kimia dan biologi. Dalam hal ini, pasukan permeriksa senjata PBB diberi kuasa untuk menyiasat negara yang disyaki menghasilkan senjata tersebut. Stok yang dimiliki mereka hendaklah dimusnahkan. Jika negara tersebut enggan memberikan kerjasama, pihak PBB berhak mengenakan sekatan ekonomi dan ketenteraan terhadap negara tersebut.
ISU - ISU PEPERANGAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH ORANG ISLAM
PADAMASA KINI :
GAZA - Serangan pesawat-pesawat tempur Israel ke Sempadan Gaza kembali mengakibatkan korban warga bandar . Kali ini dua bandar bersaudara tewas setelah terkena peledak bom yang ditembak oleh pesawat Israel. Insiden itu berlaku beberapa jam setelah militan Palestin meluncurkan roket ke Israel.
Yassin Abu Khoussa (10) meninggal dunia setelah terkena dari ledakan sepihan batu rumahnya, yang terletak di sebelah sebuah pusa pelatihan militan. "Adiknya, Israa (6), yang cedera parah, kemudian meninggal dunia di hospital," kata Juruhebah Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra disunting dari Reuters, Minggu (13/3/2016).
Sementara militan Israel mengatakan, pesawat-pesawat tempur Israel telah mensasarkan empat pusat pelatihan militan milik Hamas. Serangan itu dilakukan setelah empat buah jet pejuang mendarat di daerah terbuka di Israel selatan pada malam Jumaat . Tiada korban dilaporkan dari serangan roket itu.
Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon mengatakan kelompok militan telah bertanggung jawab atas serangan udara tersebut.
"Kami tidak akan mengganggu ketenangan dan kehidupan seharian pendudu yang tinggal di sekitar Sempadan Gaza. Itulah sebabnya mengapa kita menentang keras terhadap aset Hamas dan kami akan bertindak lebih keras sedaya upaya jika perkara ini terus berlanjutan ," kata Yaalon.
Mereka yang tewas dalam serangan udara di Gaza adalah yang pertama sejak Oktober lalu. Militan Israel mengatakan bahwa sejak awal tahun dan termasuk serangan serentak pada malam jumaat dimana tujuh roket telah ditembakkan dari sempadan Gaza ke Israel.
ISU - ISU PEPERANGAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG OLEH ORANG ISLAM
PADAMASA KINI :
GAZA - Serangan pesawat-pesawat tempur Israel ke Sempadan Gaza kembali mengakibatkan korban warga bandar . Kali ini dua bandar bersaudara tewas setelah terkena peledak bom yang ditembak oleh pesawat Israel. Insiden itu berlaku beberapa jam setelah militan Palestin meluncurkan roket ke Israel.
Yassin Abu Khoussa (10) meninggal dunia setelah terkena dari ledakan sepihan batu rumahnya, yang terletak di sebelah sebuah pusa pelatihan militan. "Adiknya, Israa (6), yang cedera parah, kemudian meninggal dunia di hospital," kata Juruhebah Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra disunting dari Reuters, Minggu (13/3/2016).
Sementara militan Israel mengatakan, pesawat-pesawat tempur Israel telah mensasarkan empat pusat pelatihan militan milik Hamas. Serangan itu dilakukan setelah empat buah jet pejuang mendarat di daerah terbuka di Israel selatan pada malam Jumaat . Tiada korban dilaporkan dari serangan roket itu.
Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon mengatakan kelompok militan telah bertanggung jawab atas serangan udara tersebut.
"Kami tidak akan mengganggu ketenangan dan kehidupan seharian pendudu yang tinggal di sekitar Sempadan Gaza. Itulah sebabnya mengapa kita menentang keras terhadap aset Hamas dan kami akan bertindak lebih keras sedaya upaya jika perkara ini terus berlanjutan ," kata Yaalon.
Mereka yang tewas dalam serangan udara di Gaza adalah yang pertama sejak Oktober lalu. Militan Israel mengatakan bahwa sejak awal tahun dan termasuk serangan serentak pada malam jumaat dimana tujuh roket telah ditembakkan dari sempadan Gaza ke Israel.
5 ) RUMUSAN :
Kesimpulan Dari hasil perbincangan berkumpulan yang telah dilakukan dalam satu tutorial, maka dapat diambil kesimpulannya bahawa:
- Senjata kimia adalah senjata yang bermanfaatkan sifat racun senyawa kimia untuk membunuh, melukai, atau melumpuhkan musuh.
- Beberapa jenis senjata kimia terbaru paling berbahaya diantaranya: VX, sulfur mustards, sarin, chlorine, dan hydrogen cyanide.
- Penggunaan senjata kimia memliliki kuasa yang sangat signifikan terhadap lingkungan. percubaan, pembuatan, pemeliharaan, dan penggunaan senjata-senjata kimia telah menyebabkan racun yang berbahaya (bazardous toxili) dan zat radio aktif (radioactive substances) terbebas
- Senjata kimia memiliki kesan yang sangat berbahaya, bahkan dapat menyebabkan kematian bagi setiap makhluk hidup yang terkena bahan tersebut termasuk tanaman .
6 ) RUJUKAN :
DAFTAR PUSTAKA Anonim. 2013. Senjata Kimia. http://pajrinpoenya.blogspot.com/2012/04/senjatakimia.html
WIB. Brown, Lester. 1995. Masa Depan Bumi. Yayasan Obor Indonesia : Jakarta. Singer, Peter. 2002. Satu Bumi. Yale University : London. Thompson, Milburn. 2009. Keadilan dan Perdamaian. Gunung Mulia :Jakarta.
WIB. Brown, Lester. 1995. Masa Depan Bumi. Yayasan Obor Indonesia : Jakarta. Singer, Peter. 2002. Satu Bumi. Yale University : London. Thompson, Milburn. 2009. Keadilan dan Perdamaian. Gunung Mulia :Jakarta.
http://vincent777911.blogspot.my/2012/12/senjata-pemusnah-yang-dahsyat-senjata.html
No comments:
Post a Comment